Monday, September 17, 2012

5 LANGKAH TINGKATKAN METABOLISME BADAN

1. Makan Dengan Lebih Kerap
Anda perlu makan secara sedikit tetapi kerap. Kekerapan yang sesuai adalah 5-6 kali sehari. Ini akan membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan. Ini akan membuatkan kadar metabolisme badan anda meningkat disebabkan proses penghadaman anda sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 makan berat dalam sehari. Dianggarkan sebanyak 10% daripada Kalori yang diambil dalam pemakanan anda akan digunakan untuk proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kesimpulannya, semakin kerap anda makan, semakin meningkat kadar metabolisme anda.

2. Makan Makanan Yang Pedas
Makanan yang pedas menandingi capsaicin yang mana akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Ini adalah disebabkan juga oleh meningkatnya kadar degupan jantung.

3. Makan Ikan / Sumber Protein
Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya untuk membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa meggunakan kalori yang banyak untuk mencernakannya. Selain itu juga, kandungan Omega-3 dalam ikan juga amat bagus untuk jantung anda.

4. Makan Makanan Berunsurkan Fiber
Makanan yang berunsurkan fiber akan menyebabkan badan anda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya. Beberapa fakta penting berkenaan fiber dan kalori adalah:

a) Untuk sesetengah makanan yang mengandungi fiber, badan memerlukan lebih ataupun hampir sama kalori untuk mencernakan makanan tersebut.

b) Sayuran yang mempuyai daun hijau yang gelap adalah sumber fiber yang bagus. Selain itu, buah yang dikeringkan juga adalah merupoakan sumber fiber yang sangat bagus. Contohnya adalah Aduki, Fava beans, whole wheat, pasta, raspberries, bran dan barli.

c) Gunakan air yang secukupnya bila memakan makanan yang berunsurkan fiber. Jika tidak, fiber akan mengumpulkan air dan nutrient lain dalam badan anda.

5. Minum Air secukupnya.
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga makan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air. Meminum air yg secukupnya akan membolehkan badan anda bekerja seoptimum yang mungkin. Bila proses pencernaan berlaku semaksimum mungkin , tubuh anda akan menggunakan banyak kalori.

Sunday, September 16, 2012

Apa ALSD ll tu??

 


SDII adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SDII juga bukanlah ‘meal replacement’ yang mana anda perlu berlapar sebaliknya ia adalah ‘meal supplement’ yang mana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda! Hebat bukan? Oleh itu, semasa program ini, anda tidak akan merasa letih dan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.